Saturday, 17 May 2014

Let's cooking guys !

Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang telah dilakukan di taska kami antaranya ialah mengadakan aktiviti memasak. Aktiviti ini diadakan dua kali sebulan bagi memberi pendedahan secara khusus kepada kanak-kanak mengenai makanan yang baik dan berkhasiat yang diperlukan oleh tubuh mereka. Menu-menu yang simple tetapi penuh khasiat seperti sandwich, jus oren, biskut nestum dan banyak lagi telah diajar kepada kanak-kanak. Guru-guru juga telah memberi sedikit penerangan mengenai bahan-bahan yang akan digunakan mereka untuk memasak contohnya tentang khasiat daun salad, tomato dan macam-macam lagi. jom, check it out gambar-gambar kanak-kanak riang di taska kami memasak.. hehe..

sebelum memasak, cikgu2 kene la buat demo dulu and tunjukkan bahan-bahan yg diperlukan kdp kanak2 !

amboiii.. semua dah eksaited nak memasak ni..

haaa.. semua dapat kulit popia.. hehe


ok, jom kita gulung popia ! amboii rayyan tu.. bukan main lagi dia..

asyraf and aqil usha lili menggulung.. hehe

nain blurr la tuu tak tahu nak buat.. haha

harraz buat ape tuuu? keh keh..

cikgu tasha memberi tunjuk ajar kepada rizki.. 

dah siap gulung, kita gunting plak !!

ok dah siap n now cikgu nun tengah bagi penerangan tentang bahan-bahan yang berkhasiat yg telah digunakan..

ok jom makaaaan ! omnomnom.. sedapnyeee !






Friday, 16 May 2014

Hari Pemeriksaan Gigi !

Hey people outhere ! ok nak cerita sket pasal hari pemeriksaan gigi untuk kanak-kanak di Taska IQ Gemilang pada 4 Feb 2014 hari tu.. Sedikit keterlewatan untuk di update di blog kerana kekangan-kekangan tertentu. Pemeriksaan gigi ini dilakukan setiap enam bulan sekali oleh pihak KKM sendiri. Hal ini adalah untuk menggalakkan kanak-kanak seawal usia 3 hingga 6 tahun untuk menjaga kesihatan gigi mereka disamping memberi pengetahuan bahawa pentingnya menjaga kesihatan dan kecantikan gigi. Dalam sesi ini juga, kanak-kanak di taska kami dibekalkan dengan berus gigi dan juga ubat gigi secara percuma. Selain itu, mereka juga turut diajar cara memberus gigi dengan cara yang betul ! hehe..
semua eksaited nampaknya dapat berus gigi freee.. hehe
ishh rayyan ni, dah dapat berus gigi pun nak nangis ke ?hehe

amboii qalesya !

Misi kata gigi Aisyh paling cantik, yeay !!