Friday, 13 June 2014

Mari Belajar ABC !

Assalamualaikum wbt..


Entry yang akan di share kali ini adalah mengenai proses pembelajaran kanak-kanak di taska kami. Umumnya sudah cukup mengetahui, bahawa untuk mendidik kanak-kanak adalah satu cabaran yang paling besar buat semua insan yang bergelar pendidik terutamanya untuk mendidik kanak-kanak yang berusia lingkungan 3 hingga 6 tahun. Hal ini kerana proses pembelajaran di taska merupakan CRUCIAL POINT bagi kanak-kanak untuk meneroka dunia mereka pada hari-hari yang seterusnya. Selain daripada itu, pada peringkat umur ini juga, mereka memerlukan ‘fun learning’ dari guru-guru taska dan bukanlah proses pembelajaran yang agak ‘memaksa’. Oleh itu, kami sedaya upaya mencuba untuk mewujudkan suasana ‘fun learning’ itu sendiri dalam proses pengajaran kami melalui nyanyian, origami, mewarna dan banyak lagi. Oh yea ! kanak-kanak pada usia ini sangat suka warna-warna ! hehe..  Alhamdulillah, setakat hari ini kanak-kanak di taska kami memberi respon yang positif walaupun masih lagi ada yang perlu diberi lebih perhatian. 

Sapa nak belajar harini?? angkat tangan ! hehehe..


fokus..  eh eh, ada jugak yang main-main ni.. haha

Cikgu Zati sedang memberi tunjuk ajar..
ABC.. basic learning.. also can be learn from home.. ^^V
umairah dan alia ni gaduh ke ape masam masam ni.. hehehehe..

Saturday, 7 June 2014

Kebersihan dan Penjagaan Diri Kanak-kanak ( Part 1 )

Assalamualaikum wbt.. Untuk pengetahuan semua, selain daripada faktor pemakanan, kebersihan dan cara penjagaan diri yang betul juga perlu dititikberatkan oleh semua ibu bapa kerana ianya memainkan peranan yang penting bagi perkembangan pembesaran kanak-kanak. Aspek kebersihan merangkumi penjagaan kesihatan dari segi kulit, kuku, mata, telinga dan sebagainya. Pada usia inilah, mereka perlu dipupuk untuk menjaga kebersihan diri bagi memastikan kesihatan yang berpanjangan. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.. hehehe.. 
Perkara-perkara penting yang perlu dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka antaranya adalah:-
  • Mencuci tangan sebelum dan selepas makan, selepas ke tandas
  • Selalu memakai pakaian yang bersih dan kemas
  • Menggosok gigi 3 kali sehari
  • Memotong kuku bagi menjamin tiada kotoran tersimpan dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, kanak-kanak di tadika kami telah diajar mengenai cara-cara membasuh tangan dengan menggunakan cara yang betul oleh guru-guru di Taska IQ Gemilang sebagai salah satu langkah untuk menggalakkan dan memberi pendedahan kepada mereka mengenai kebersihan diri..

beratur elok-elok yea kalo nak turun main kat bawah.. hehe

aucakkk ! sara pun nak ikut jugak cikguuuu...



okayy, cikgu nun sedang briefing tentang aktiviti yang bakal dilakukan..




tunjuk ajar tentang cara-cara yang betul apabila membasuh tangan ! we should kills the bacteria, kids!





okayy, now turn kanak-kanak pulak yang buat apa yang cikgu nun dah tunjukkan tadi.. hehe


aipp aipp, ingat cikgu tak nampak la tu Farisya pakai selipar terbalik.. kahkah







yeay ! tangan dah bersih.. bau pun dah wangi.. hehe..


dalam kesibukan dan kemeriahan aktiviti, masih lagi ada insan yang mengasingkan diri.. haha !



alright ! that's all for now.. hehe..

Sunday, 1 June 2014

Kemeriahan Sukaneka Taska IQ Gemilang..

Pada 27 Mac yang lepas, kami di Taska IQ Gemilang telah mengadakan sukaneka. Rasanya belum terlambat untuk saya kongsikan perihal aktiviti sukan itu disini. Acaranya cukup meriah sekali dan semua kanak-kanak di taska kami telah mengambil bahagian dalam setiap acara yang diadakan.Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya cikgu-cikgu di Taska IQ Gemilang. Okayy, jom kita layan je gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa kemeriahan tersebut ! hehe..


okayy kita 'warm-up' dulu sebelum nak main sukan.. hehe

tak sabarr + semangat kobar2 belaka...

cikgu nun duk bagi arahan utk buat bulatan pulak.. haha

arahan diterima nampaknya.. kehkeh

ni hensem2 ni nak kemana ? orang suruh masuk bulatan dia keluar bulatan.. haha ! 

readyy.. get set.. and go !!

haaa panjat qalesya panjat !

guling guling and gulingggg.. haha..

penat kot main sukan, kita minum susu dulu..

kecewa la tu rasyad cikgu tak ajak dia main.. haha

acara berebut coklat & baling belon air

ini dah bukan main sukan dah ni, main air teruss.. haha

amboiii seronoknyaa...

taadaaaa... haii nama saya azim ! hehe