Friday, 26 September 2014

Mendekati Alam Sekitar

Assalamualaikum wbt semua..
okkay.. harini geng bas sekolah tadika cuba untuk mendekati alam sekitar bagi memenuhi salah satu silibus dalam subjek sains mereka.
hari ini mereka didedahkan dengan pengetahuan untuk membezakan jenis-jenis tumbuhan iaitu tumbuhan berbunga, tumbuhan tidak berbunga, tumbuhan berbatang keras, tumbuhan berbatang lembut, tumbuhan yang hidup menjalar dan banyak lagi. Alhamdulillah nampaknya mereka dapat memberi perhatian dengan apa yang disampaikan oleh cikgu mereka. Let's check it out !

round punye round akhirnya jumpa lah pokok jenis berbatang keras..cikgu betul ke ni cikgu betul ke ? -_-"


tumbuhan hidup menjalar katanya Lili.. hehe 



tumbuhan berbungaaaaa...


posing je lebih ni.. haha




Tuesday, 23 September 2014

Amali Solat

Assalamualaikum wbt..

Hari ini kami mahu kongsikan serba sedikit tentang aktiviti yang telah kami terapkan kepada anak-anak di taska kami iaitu solat secara berjemaah dan alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH SWT apa yang kami budayakan di taska kami dapat dipatuhi oleh anak-anak sekalian. Diharap ibu bapa sekalian dapat meneruskan usaha kami untuk memupuk diri mereka untuk tidak meninggalkan amalan fardhu ini di rumah. Selain daripada solat berjemaah juga, kami turut mengadakan kelas IQRA' terutamanya kepada pelajar-pelajar transit yang berumur 4 tahun hingga 8 tahun. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Diharapkan anak-anak umi semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. In shaa ALLAH. Segala kekurangan itu daripada kami dan kebaikan itu daripada ALLAH SWT.