Tuesday, 23 September 2014

Amali Solat

Assalamualaikum wbt..

Hari ini kami mahu kongsikan serba sedikit tentang aktiviti yang telah kami terapkan kepada anak-anak di taska kami iaitu solat secara berjemaah dan alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH SWT apa yang kami budayakan di taska kami dapat dipatuhi oleh anak-anak sekalian. Diharap ibu bapa sekalian dapat meneruskan usaha kami untuk memupuk diri mereka untuk tidak meninggalkan amalan fardhu ini di rumah. Selain daripada solat berjemaah juga, kami turut mengadakan kelas IQRA' terutamanya kepada pelajar-pelajar transit yang berumur 4 tahun hingga 8 tahun. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Diharapkan anak-anak umi semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. In shaa ALLAH. Segala kekurangan itu daripada kami dan kebaikan itu daripada ALLAH SWT.



No comments:

Post a Comment