Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.. bersyukur ke
hadrat ALLAH SWT kerana masih lagi diberi peluang untuk kami berkongsi tentang
aktiviti-aktiviti anak-anak anda di taska kami. Maaf kerana sedikit terlambat
untuk berkongsi aktiviti-aktiviti menarik yang berlaku sepanjang bulan Oktober
dan November ini kerana terdapat sedikit kekangan dari segi “internet
connection” dan juga masa.
Sebagaimana yang telah kita
ketahui, pada 31 Oktober 2014 baru-baru ini, Taska IQ Gemilang telah
menganjurkan Majlis Jalinan Kasih yang bertempat di Restoran Syam. Tujuan utama
majlis ini adalah untuk merapatkan lagi ukhuwah di antara ibu bapa, anak-anak
dan juga warga staff Taska IQ Gemilang . Tema majlis ini adalah sedondon, di
mana keluarga setiap kanak-kanak dikehendaki berpakaian sedondon bertepatan
dengan tema majlis iaitu “Jalinan Kasih”. Majlis ini telah dihadiri oleh ibu
bapa, tetamu-tetamu jemputan, warga taska IQ Gemilang dan ramai lagi. Banyak
aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang majlis jalinan kasih ini diadakan antaranya
ialah persembahan dari kanak-kanak Taska IQ Gemilang, persembahan pelajar
transit, cabutan bertuah, permainan kotak beracun untuk ibu bapa, Anugerah
Family Sporting, anugerah family yang berpakaian sedondon dan banyak lagi.
Jom kita saksikan kemeriahan
sepanjang majlis dijalankan..
antara keluarga-keluarga bahagia yang hadir pada majlis tersebut :)
semuanya ceria-ceria belaka menggayakan baju warna sedondon..
Ucapan alu-aluan oleh Pengarah Taska IQ Gemilang, Puan Halmahera binti Mat Salleh.
diikuti oleh ucapan perasmian oleh Encik Johar bin Johari, Pegawai daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat.
seterusnya, penyampaian sijil kepada kanak-kanak tadika iaitu Nur Emilly Ayuni bt Nooraswandy, Mohammad Zulfadli bin Mohd Fakrey, Ahmad Aqil Darwish bin Mohd Hilman dan Rahadatul Aisyh bt Mohd Zawawi.
selain itu, majlis ini juga turut meraikan pelajar-pelajar cemerlang bagi kategori 2-3 tahun, 3-4 tahun dan juga 5-6 tahun. Bagi kategori 2-3 tahun, Mohammad Azim Irsyraf bin Mohd Ashraf telah dipilih sebagai pelajar terbaik, manakala bagi kategori 3-4 tahun sirangkul oleh Ahmad Azim Rizki dan 5-6 tahun dirangkul oleh Nur Emilly Ayuni bt Nooraswandy.
Majlis juga diserikan dengan Anugerah Keluarga Sporting Taska IQ Gemilang 2014..
Family Nurul Nuha Alani |
Family Afiq Harraz, Aqil Darwish, Alya Batrisya dan Alisha Qaisara |
Maka, tibalah waktu yang dinanti-nanti iaitu persembahan daripada anak-anak Taska IQ Gemilang. Persembahan ini terbahagi kepada dua iaitu persembahan oleh kanak-kanak yang berumur 2 hingga 3 tahun dan juga persembahan tarian oleh pelajar-pelajar transit Taska IQ Gemilang.
aiipp aipp harraz nak lari pi mana tu cikgu nak soh buat persembahan ni ! |
alololo~ manis2 belaka.. |
tidak lupa juga pada hari itu, kami telah menyediakan permaianan kotak beracun sebagai acara selingan untuk ibu bapa. Ibubapa yang "bertuah" dikehendaki melakukan aksi mengikut arahan yang telah diletakkan didalam sampul surat yang berlainan warna.. hehehe..
amoehh.. kemainn tuh yang pegang mic tuh.. macam nak menyanyi dah.. |
tak lupa juga untuk family yang berpakaian sedondon..
Alhamdulillah.. itu sahaja yang sempat kami kongsi kan dulu.. in shaa ALLAH jika diberi kelapangan waktu, kami akan update lagi dari semasa ke semasa.. :)
No comments:
Post a Comment